Lukisan Bapa Kemerdekaan hiasi lorong taman perumahan - Utusan Malaysia

Lukisan Bapa Kemerdekaan hiasi lorong taman perumahan

ZAWIYAH Abu Hasan bangga dapat menghasilkan lukisan Bapa Kemerdekaan, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang menghiasi lorong perumahannya di Taman Matahari Indah, Senawang, Seremban.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Berbekalkan kemahiran melukis yang ada padanya, seorang bekas polis tidak melepaskan peluang menzahirkan semangat patriotiknya apabila menghasilkan lukisan Bapa Kemerdekaan, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Zawiyah Abu Hasan, 45, berkata, lukisan Perdana Menteri Pertama Malaysia itu kemudian di pasang di persimpangan lorong rumahnya di Taman Matahari Indah, Senawang bersama hiasan kibaran Jalur Gemilang dan replika bangunan Menara Berkembar Petronas bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan Ketika ini.

“Saya sebenarnya sudah lama meninggalkan bidang seni lukisan jadi kali ini saya sedaya upaya menghasilkan lakaran yang terbaik. Saya mengambil masa selama tiga jam bagi melakar serta mengecat lukisan yang bersaiz 8×3 kaki itu.

“Selain ahli keluarga, jiran-jiran juga membantu dan mereka turut sama menghias lorong taman perumahan ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Zawiyah, hiasan kemerdekaan yang dilakukan itu juga bersempena Pertandingan Rumah dan Lorong Tercantik Sempena Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan buat pertama kalinya oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Matahari Indah, Taman Senawang Indah 2 dan Taman Mayang Sari, Senawang di sini.

“Memang saya gementar dengan penerimaan orang ramai tentang lukisan itu, namun selepas siap dipasang, saya lihat ramai penduduk yang tidak melepaskan peluang bergambar dengan lukisan berkenaan.

“Saya memang lega dan gembira, jiran-jiran juga tidak menyangka dan memuji bakat lukisan saya,” katanya yang memberitahu kos minimum digunakan iaitu sekitar RM65 untuk keseluruhan penghasilan lukisan terbabit termasuk cat warna.

Ujarnya, selain replika bangunan Menara Berkembar Petronas, dia dan jiran-jiran turut menghasilkan replika Menara Kuala Lumpur dan juga replika bunga raya yang menggunakan plastik alas meja.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya