GUA MUSANG: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mahu lebih banyak limpahan pembangunan dan kemudahan asas disediakan oleh kerajaan bagi memastikan kawasan itu tidak jauh ketinggalan. Tinjauan mendapati penduduk menaruh kepercayaan tinggi terhadap wakil rakyat, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie untuk membawa perubahan. Penduduk Bertam Baru, Mohamed Hassan, 54, berkata, kampung tradisi memerlukan lebih banyak perubahan dan pembangunan supaya dapat bersaing dengan kawasan-kawasan penempatan lain di sini. Menurut beliau, usaha menaik taraf pelbagai kemudahan asas terutama infrastruktur perhubungan perlu giat dilakukan kerana ia keperluan mendesak. “Kami berharap wakil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya