KUANTAN: Sebut lebuh raya, semua membayangkan laluan panjang dan terbentang luas dengan laluan empat lorong yang sesuai untuk semua jenis kenderaan untuk memandu dengan selesa dan selamat. Namun lain bagi Lebuhraya Kuantan-Segamat atau Lebuhraya Tun Razak yang didakwa `hancur’ kerana banyak masalah sehingga kerap berlaku kemalangan terutama membabitkan pemandu luar.. Pengguna terutama yang berulang-alik di laluan sepanjang 146.8 kilometer dengan kos berbilion merungut dan mempersoalkan bentuk fizikal lebuh raya tersebut…










