Lebih 20,000 rakyat Kelantan sambut Ambang Merdeka

Lebih 20,000 rakyat Kelantan sambut Ambang Merdeka

SEBAHAGIAN kontinjen yang menyertai perbarisan sambutan Ambang Merdeka di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai lebih 20,000 rakyat Kelantan membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, di sini bagi meraikan sambutan Ambang Merdeka dan Hari Kebangsaan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-67 malam tadi.

Kehangatan sambutan itu dimulakan dengan dendangan lagu-lagu patriotik sebelum perbarisan masuk pasukan pembawa Jalur Gemilang dan bendera Kelantan serta kesemua kontinjen yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Sebanyak 67 kontinjen mewakili pasukan keselamatan, agensi kerajaan negeri, Persekutuan, institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyajakan perbarisan tahun ini.

Sambutan tersebut turut diserikan dengan persembahan pantomim perjuangan Tok Janggut serta amanat kemerdekaan dari Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Kemuncak sambutan berlangsung tepat pada pukul 12 tengah malam yang dimulai dengan laungan Merdeka sebanyak tujuh kali di Mohd. Nassuruddin dan kemudian diikuti dengan pertunjukan bunga api bersama iringan lagu 31 Ogos dan Jalur Gemilang serta persembahan khas dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai penutup.

MOHD. Nasuruddin Daud (kiri) melaungkan kemerdekaan sebagai acara kemuncak sambutan Ambang Merdeka di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Sementara itu, Mohd. Nassuruddin dalam amanatnya menyeru rakyat Kelantan memastikan sambutan kemerdekaan negara lebih bermakna dengan menjadikan peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W sebagai penanda aras agar Islam terus diangkat dan dijulang tinggi di negara ini.

Menurutnya, kemerdekaan yang dianugerahkan kepada Malaysia pada 67 tahun lalu menjadi simbol kebangkitan sebuah negara berdaulat dan bebas menentukan halatuju serta masa hadapannya sendiri.

“Namun erti kemerdekaan sebenar bukan sekadar bebasnya negara ini dari penjajahan tetapi kebebasan jiwa dari segala bentuk penjajahan pemikiran, budaya dan akidah.

“Semua ini adalah cara kita mensyukuri nikmat kemerdekaan, iaitu dengan memastikan akidah, pemikiran, budaya san cara hidup hendaklah mengikuti syariat Allah S.W.T,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya