Kumpulan yang masuk UMNO bukan pengundi Nenggiri- Bersatu Kelantan

Kumpulan yang masuk UMNO bukan pengundi Nenggiri- Bersatu Kelantan

CHE Ariffin Hussin (kiri) bersama Ahmad Zahid Hamidi selepas mengisytiharkan keluar Bersatu untuk menyertai UMNO serta menyerahkan borang pendaftaran keahlian kepada Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Kampung Jerek, Gua Musang, Kelantan kelmarin. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan mendedahkan kumpulan yang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai UMNO semalam bukanlah pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Pengerusinya Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, tindakan itu sama sekali tidak menjejaskan sokongan terhadap calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri 17 Ogos ini.

“Keluar parti semasa Pilihan Raya Umum (PRU) atau PRK itu sudah menjadi rutin bermusim.

“Kita tidak terkejut dan tindakan itu sama sekali tidak menjejaskan sokongan kepada calon PN di PRK Nenggiri. Rata-rata mereka tidak mengundi di Nenggiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas itu memberitahu, sebelum ini Bersatu Kelantan menerima beberapa aduan berkait tindakan Timbalan Ketua Bersatu Gua Musang, Che Ariffin Hussin dan rakan-rakannya yang bersekongkol dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim yang telah dilucutkan keahlian.

Katanya, kesemua individu yang terlibat sedang menunggu tindakan disiplin di atas perbuatan tersebut.

“Jadi dengan tindakan itu ia membantu menyelesaikan masalah dalaman Bersatu Gua Musang. Lebih baik mereka berpindah parti daripada menjadi gunting dalam lipatan. 

“Untuk makluman, Jawatankuasa Bersatu Gua Musang telah digantung sejak beberapa bulan yang lalu. Ketika ini satu jawatankuasa penaja telah dibentuk oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diketuai oleh ADUN Paloh Datuk Shaari Mat Hussein,” ujarnya.

Media semalam melaporkan, seramai 480 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari 12 cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri disini mengisytiharkan keluar daripada parti tersebut dan menyertai UMNO hari ini.  

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli dan penyokong mengambil keputusan tersebut selepas mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu. 

Katanya, seramai 480 ahli diketuai bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang, Che Ariffin Hussin telah mengisytiharkan keluar Bersatu untuk menyertai UMNO malah mereka sudah menyerahkan borang pendaftaran keahlian.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya