Kualiti udara di Asia Selatan meningkat

Kualiti udara di Asia Selatan meningkat

PENURUNAN pencemaran udara dicatatkan di setiap negara Asia Selatan kecuali Sri Lanka.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Peningkatan kualiti udara di Asia Selatan pada tahun 2022, menyebabkan penurunan pencemaran global dengan cuaca yang baik mungkin menjadi faktor utama.

Menurut laporan dikeluarkan Institut Dasar Tenaga Universiti Chicago (EPIC) hari ini, data satelit untuk tahun 2022 menunjukkan penurunan pencemaran udara di Asia Selatan sebanyak 18 peratus.

Menurut laporan, penurunan itu dicatatkan di setiap negara di rantau tersebut kecuali Sri Lanka, lapor Channel News Asia.

“Selama 20 tahun, pencemaran udara meningkat setiap tahun di Asia Selatan. Rekod pada kali ini agak mengejutkan,” jelas EPIC.

Tambah institut tersebut, hujan yang melebihi purata di kawasan tersebut pada tahun 2022 mungkin penyebab kepada peningkatan kualiti udara.

Bagaimapun, jelas laporan itu, penduduk Asia Selatan masih menyedut udara yang lapan kali lebih tercemar daripada yang dianggap selamat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indeks Kualiti Udara Kehidupan (AQLI) juga menyatakan, rantau berkenaan terus menghadapi kualiti udara yang paling tercemar di dunia dengan penduduknya kehilangan lebih 3.5 tahun jangka hayat purata.

Secara global, kebanyakan negara tidak mempunyai piawaian pencemaran atau gagal memenuhi piawaian yang ditetapkan, menyebabkan penduduknya terdedah kepada kualiti udara yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya