KK Taman Cendana bakal beroperasi Mac 2025 - Utusan Malaysia

KK Taman Cendana bakal beroperasi Mac 2025

LING Tian Soon (lima kanan) bergambar selepas melawat tapak pembinaan KK Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Klinik Kesihatan (KK) Taman Cendana, Pasir Gudang yang menelan kos RM36 juta untuk dibina bakal siap pada Januari 2025, dan akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac tahun sama.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, pembiayaan Klinik Kesihatan Jenis 2 itu telah dimulakan sejak tahun 2021.

“Apabila beroperasi kelak, KK Taman Cendana ini akan dapat mengurangkan kesesakan yang dihadapi klinik-klinik kesihatan di sekitar kawasan Pasir Gudang ketika ini.

“Klinik kesihatan terlibat adalah KK Masai yang menerima sehingga 1,200 pesakit sehari; KK Pasir Gudang (sehingga 1,000 pesakit sehari) dan KK Cahaya Baru (sehingga 250 ibu mengandung dan bayi sehari),” katanya selepas melawat tapak pembinaan KK Taman Cendana, di sini hari ini.

Tambah Tian Soon, KK Taman Cendana adalah antara klinik kesihatan yang jarang ditemui kerana ia dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti jabatan pembedahan; farmasi; perkhidmatan x-ray; jabatan kecemasan, klinik ibu dan anak; makmal; pergigian; pemulihan; pembangunan kesihatan sosial, dan lain-lain.

“Bangunan berkeluasan kira-kira 10 hektar ini menyediakan 530 tempat letak kereta dan 100 tempat letak motosikal, selain dilengkapi sistem penghawa dingin sepenuhnya.

“Ini merupakan satu berita baik buat penduduk sekitar Pasir Gudang, kerana mereka juga bakal menerima perkhidmatan kesihatan awam terbaik apabila Hospital Pasir Gudang yang sedang giat dibina juga bakal beroperasi pada suku tahun pertama 2025,” ujarnya lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya