Kilang padi di Ketereh terbakar

Kilang padi di Ketereh terbakar

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah kilang padi di Kampung Tempoyak,Ketereh, Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebuah kilang padi musnah sebanyak 60 peratus selepas terbakar dalam kejadian Kampung Tempoyak,Ketereh di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd. Roslan Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 1.32 pagi.

Menurutnya, seramai 21 anggota dan pegawai dari tiga buah balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh, Tunjong dan Pasir Tumboh telah digerakan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang padi yang tidak beroperasi dengan anggaran kemusnahan kira-kira 60 peratus.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air terbuka (parit) dengan bantuan jengkaut,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Roslan memberitahi, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.07 pagi tadi-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN