Kes rogol doktor, penyokong BJP adakan bantahan

Kes rogol doktor, penyokong BJP adakan bantahan

POLIS melepaskan tembakan air untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berarak ke arah sekretariat kerajaan negeri bagi menuntut peletakan jawatan Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee susulan kes pembunuhan doktor berhampiran jambatan Howrah di Kolkata, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOLKATA: Ribuan penunjuk perasaan menyekat landasan kereta api dan menghentikan bas selepas satu kekecohan tercetus di Kolkata hari ini, dalam siri terbaharu bantahan berkaitan pembunuhan seorang doktor pelatih di sini, bulan ini.

Reuters melaporkan, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berarak menuju bangunan pentadbiran, di sini.

Tunjuk perasaan yang diadakan selama 12 jam itu dianjurkan penyokong Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi yang juga pembangkang di negeri Bengal Barat.

Ia antara lain menuntut Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee meletak jawatan berikutan kegagalan mengawal situasi selepas pembunuhan doktor pelatih wanita berusia 31 tahun di Kolej Perubatan dan Hospital RG Kar di Kolkata pada 9 Ogos lalu.

Sebanyak 5,000 anggota keselamatan turut dikerah bagi mengawal keadaan di seluruh negeri ini.

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali berkata, sebanyak 100 penunjuk perasaan turut ditahan.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan India meluluskan peningkatan keselamatan di hospital-hospital di seluruh negara sebanyak 25 peratus serta bersetuju menempatkan lebih ramai anggota polis di kemudahan berkenaan.

Arahan dikeluarkan Setiausaha Kesatuan Kesihatan, Apoorva Chandra itu turut memberi tumpuan kepada perkara asas seperti keselamatan di bilik rehat dan kerja-kerja membaik pulih serta memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya