Kes jenayah komersial turun 8 peratus setakat Ogos lalu

Kes jenayah komersial turun 8 peratus setakat Ogos lalu

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19,484 kes jenayah komersial direkodkan sehingga 25 Ogos lalu iaitu menurun lapan peratus daripada 21,274 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah kes tersebut, secara  purata polis menerima 82 kes sehari berkaitan jenayah komersial pada tahun ini.

Menurut beliau, daripada kes-kes yang dilaporkan ia membabitkan nilai kerugian sehingga  RM1.26 juta. 

“Dari aspek jumlah pertuduhan, 47 peratus atau 9,231 kertas siasatan telah berjaya dituduh setakat ini bagi tahun 2024.

“Peratusan pertuduhan ini lebih tinggi berbanding tempoh sama  tahun 2023 yang mencatatkan sejumlah 44 peratus atau bersamaan 9,312 dari keseluruhan kertas siasatan yang dibuka bagi tempoh tersebut,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ di sini, semalam.

Jelasnya, statistik tersebut memberi indikasi kesedaran masyarakat makin meningkat terhadap bahana jenayah.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru penglibatan masyarakat untuk sentiasa cakna dan mengambil bahagian dalam menyebarkan mesej-mesej pencegahan jenayah komersial dalam usaha membendung kes-kes jenayah itu.

“Bersama kita berusaha mewujudkan persekitaran yang selamat dan terhindar daripada ancaman jenayah komersial,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya