PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini dijangka menjadi tumpuan media petang ini untuk mengikuti kes rumah tangga Syamsul Yusof dan Ira Kazar.
Ini susulan Pengarah filem tersebut telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya Ira Isnin lalu.
Difahamkan khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu berlaku sejak Oktober tahun lalu. Namun dalam tempoh tersebut tiada pengesahan dan pasangan itu masing-masing tidak menunjukkan tanda-tanda seperti didakwa.
Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Tindakan Syamsul menyebabkan, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.-UTUSAN