KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,760 kertas siasatan dibuka membabitkan salah laku anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari hingga Jun lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 5.39 peratus berbanding 1,665 kertas siasatan membabitkan kes sama pada tahun lalu. Katanya, peningkatan itu jelas menunjukkan ketegasan dan sikap tidak berkompromi pucuk pimpinan PDRM terhadap warga pasukan yang melanggar peraturan. “Justeru, pemantauan secara lebih terperinci atau ‘close monitoring’ merupakan kaedah penyeliaan yang dapat mengekang penyerapan anasir negatif yang mempengaruhi warga PDRM untuk melakukan salah laku.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya