Kerjasama UMNO dengan Anwar dan Dap punca ADUN Rembia sertai Pas

Kerjasama UMNO dengan Anwar dan Dap punca ADUN Rembia sertai Pas

MUHAMMAD Jailani Khamis semasa menyampaikan ceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Meranto sempena PRK Nenggiri, Gua Musang, Kelantan malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis mendedahkan kerjasama UMNO dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Dap menjadi punca beliau keluar daripada parti itu dan menyertai Pas.

Beliau menegaskan perjuangan dan pendirian bukan perkara main-main dan sanggup dilabel sebagai pengkhianat.

“Semasa Pilihan Raya Negeri (PRK) Melaka lalu saya dijanjikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan beberapa pimpinan mengatakan parti (UMNO) tidak akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dap.

“Untuk memaksa saya berkawan dengan Dap ia sangat sensitif. Disebabkan itu saya keluar UMNO dan menyerati Pas kerana mahu bersama yang satu akidah, perjuangan dan satu bangsa,” katanya semasa menyampaikan ceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Meranto sempena PRK Nenggiri di sini malam tadi.

Muhammad Jailani memberitahu, perkara itu tidak boleh dijual beli.

Katanya, disebabkan tindakan itu beliau diugut saman oleh UMNO sebanyak RM100 juga yang boleh menyebabkannya menjadi bangkrup.

“Orang kata masuk PAS dapat duit ke?dapat sengsara ada kerana diugut dengan saman RM100 juta yang boleh menyebabkan bangkrup,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan parti itu sudah menyerahkan surat tuntutan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis bagi menuntut bayaran denda sebanyak RM100 juta berikutan tindakannya menyertai Pas.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dari UMNO menjadi ahli Pas berkuat kuasa Jun tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyatakan penyertaan Jailani adalah sebulan sebelum Akta Anti Lompat Parti dipinda di Melaka bertarikh 31 Julai 2023.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN