Kerajaan larang menteri jadi presiden persatuan sukan

Kerajaan larang menteri jadi presiden persatuan sukan

FAHMI Fadzil selaku jurucakap Kerajaan Perpaduan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Kompleks Perbadanan Putrajaya, semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jema­ah Menteri semalam memutuskan anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri tidak dibenarkan menjadi presiden dalam mana-mana persatuan sukan.

Jurucakap Kerajaan Perpa­duan, Fahmi Fadzil berkata, ketetapan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Kabinet pada 2007.

“Serentak dengan keputusan itu, saya sama seperti Menteri Sumber Asli dan Kelesta­rian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan untuk tidak bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

“Berkuat kuasa serta-merta, saya menarik diri daripada bertanding sebagai calon Presiden KLFA,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Menurutnya, beliau telah ber­hubung dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin bagi mendapatkan nasihat dan panduan.

Fahmi berkata, sebarang urusan berkaitan pemilihan Presiden KLFA boleh dirujuk kepada persatuan itu kelak.

Terdahulu, Nik Nazmi men­gesahkan secara rasmi menarik diri daripada bertanding me­rebut jawatan Presiden KLFA.

Nik Nazmi dilaporkan ber­kata, keputusan itu dibuat selepas Kabinet memutuskan anggota pentadbiran kerajaan tidak dibenarkan bertanding merebut jawatan persatuan sukan.

Jawatan Presiden KLFA ketika ini dipangku Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad meletak jawatan, Mac lalu.

Kongres pemilihan baharu jawatankuasa KLFA dijadual berlangsung 7 September ini.

Ditanya sama ada mesyua­rat Jemaah Menteri membangkitkan keputusan kerajaan ber­setuju agar Sarawak menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027, Fahmi berkata, tiada perbincangan berhubungi perkara itu.

Namun, beliau meminta perkara tersebut dirujuk kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya