KANGAR: Kira-kira 1,221 pesawah yang mengusahakan tanaman padi di kawasan seluas 2,558.56 hektar di negeri ini berisiko menanggung kerugian mencecah RM9.8 juta berikutan masalah kekurangan bekalan air ekoran cuaca panas dan kemarau ketika ini. Situasi bertambah buruk apabila empangan Timah Tasoh yang berfungsi sebagai takungan bekalan air untuk pengairan domestik dan pertanian terpaksa membentikan bekalan untuk sumber pertanian selepas paras air menyusut sehingga paras 26.85 meter. Bekalan air untuk tujuan pertanian tidak dapat dibekalkan sehinggalah paras empangan kembali berada pada paras melebihi 27.10 Antara kawasan yang paling terjejas adalah di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya