Kelantan naikan kadar deposit hiburan

Kelantan naikan kadar deposit hiburan

HILMI Abdullah (kanan) mengiringi Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan (tengah) meninjau operasi LRA Jelawat di Bachok, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kerajaan Kelantan menaikkan kadar deposit hiburan ke atas sebarang aktiviti hiburan melibatkan persembahan artis popular dari dalam atau luar negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata, langkah itu bertujuan untuk memastikan pihak penganjur sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

“Memandangkan sekarang ini banyak penganjuran aktiviti hiburan melibatkan artis popular atau dari luar Kelantan yang menerima bayaran RM10,000 hingga RM15,000, saya telah mengarahkan kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) meningkatkan kadar deposit hiburan.

“Bagaimanapun, penetapan jumlah itu terpulang kepada budi bicara pegawai pelesen tetapi kita cadangkan bayaran RM15,000 hingga RM20,000 jika melibatkan artis popular atau luar negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Loji Rawatan Air (LRA) Jelawat, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil itu memberitahu, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk merampas deposit yang diserahkan kepada pihak PBT jika berlaku sebarang pelanggaran peraturan atau syarat permit oleh pihak penganjur.

Dalam perkembangan sama, Hilmi berkata, berikutan Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan yang baharu tidak sempat dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, kerajaan negeri memutuskan untuk mewartakan pertukaran kuasa pegawai pelesen lebih dahulu.

“Antara tujuan enakmen hiburan baharu digubal adalah untuk melaksanakan pertukaran kuasa pegawai pelesen daripada ketua jajahan kepada Yang Dipertua (YDP) di setiap majlis daerah sekali gus mempercepatkan proses menyelia aktiviti hiburan oleh PBT.

“Pewartaan itu telah disempurnakan dan telah berkuatkuasa pada awal bulan lalu. Kini apa-apa permohonan untuk program atau aktiviti hiburan perlu melalui PBT yang turut bertanggungjawab melaksanakan kawal selia ke atas lesen-lesen dan permit hiburan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya