SYDNEY: Seorang juruterbang maut selepas helikopternya terhempas di atas bumbung sebuah hotel di bandar Cairns, Queensland Utara, awal hari ini. Pesawat itu melanggar hotel DoubleTree by Hilton sekitar pukul 1.50 pagi (waktu tempatan), menyebabkan kebakaran dan memaksa ratusan pelanggan hotel dipindahkan. Polis Queensland mengesahkan satu-satunya mangsa terkorban melibatkan juruterbang helikopter yang maut di tempat kejadian. Dua tetamu hotel melibatkan seorang lelaki berusia 80-an dan wanita 70-an cedera serta dilaporkan stabil di hospital. Pelancong British, Alastair Salmon yang menginap di hotel itu berkata, dia tersedar selepas mendengar dentuman kuat dari biliknya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya