Jenamakan semula Wakaf MAIK Muamalat galakan masyarakat berwakaf

Jenamakan semula Wakaf MAIK Muamalat galakan masyarakat berwakaf

HASNAN Ramli ( tiga dari kiri) bergambar semasa merasmikan Majlis Pelancaran Logo Dan Kod QR Wakaf Maik Muamalat di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menjenamakan Wakaf MAIK Muamalat yang sudah berusia enam tahun itu bagi menggalakan masyarakat berwakaf.

Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat, Zaharuddin Alias berkata, proses penjemaan itu melibatkan pelancaran logo baharu dan sistem Kod Respon Pantas (QR).

Menurutnya, sejak dilancarkan pada tahun 2018 Wakaf MAIK Mualamat telah mencapai kutipan lebih RM2.3juta.

Ujarnya, sehingga kini, sejumlah RM932,526.57 telah diagihkan kepada projek wakaf yang memberikan memanfaatkan sembilan ahli komuniti di Kelantan.

“Oleh itu, untuk tahun ini, wakaf MAIK Mualamat menyasarkan peningkatan kutipan dana wakaf sebanyak 20 peratus secara dalam talian.

“Melalui transformasi digital tersebut, ia membantu masyarakat berwakaf secara dalam talian dengan mudah, pantas, dan telus dengan QR,$ katanya pada pemberita selepas Majlis Pelancaran Logo dan Kod QR Wakaf MAIK Muamalat di sini hari ini.

Perasmian itu disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Hasnan Ramli dan Pengarah Perbankan Runcit Bank Muamalat, Mohammad Zalman Jalil.

Zaharuddin memberitahu, sumbangan yang diterima Wakaf MAIK Muamalat akan diagihkan kepada projek-projek wakaf di Kelantan.

Katanya, antara projek wakaf termasuklah di bawah sektor pendidikan, kesihatan, dan pemerkasaan ekonomi masyarakat setempat, termasuk penajaan asnaf terpilih untuk menyertai program keusahawanan iTEKAD Bank Muamalat.

“Dengan pengalaman dan kepakaran dalam mengurus dan mengembangkan dana wakaf sejak tahun 2012, pihak Bank juga mengutip dan menguruskan dana wakaf majlis agama Islam di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah serta Pahang.

“Bank Muamalat komited untuk menjadi peneraju agenda wakaf tunai melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri untuk memperkasa kemajuan ummah dalam mencipta kehidupan lebih baik bersama,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN