Jangan cemarkan dikir barat dengan perkara tidak bermoral-TMB Kelantan

Jangan cemarkan dikir barat dengan perkara tidak bermoral-TMB Kelantan

MOHAMED Fadzli Hassan (dua dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian LRA Jelawat di Bachok, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan mengingatkan penggiat seni dikir barat supaya tidak melakukan perkara tidak bermoral seperti tarian berunsur lucah yang boleh mencemarkan seni tradisi rakyat negeri Che Siti Wan Kembang.

Beliau berkata, Kerajaan Kelantan kesal dan marah dengan perkara tersebut walaupun video yang tular sejak beberapa hari lalu itu walaupun kejadian teersebut pada tahun lalu.

Menurutnya, tindakan itu secara tidak langsung telah mencemar kemurniaan dikir barat sebagai kesenian tradisional Kelantan sekali gus memberi imej buruk terhadap rakyat di negeri ini.

“Dapat dilihat ada unsur sabotaj dan apa yang berlaku dalam video itu boleh dianggap bodoh. Ia langsung tidak menggambarkan peribadi sebenar rakyat Kelantan.

“Untuk makluman, penganjur yang terlibat telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Loji Rawatan Air (LRA) Jelawat, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan memberitahu, penyebaran video itu adalah usaha untuk memburukkan dan merosakkan imej Kelantan serta mengkhianati dasar-dasar kerajaan negeri.

Katanya, beliau menggesa agar seluruh rakyat bersama-sama dengan kerajaan negeri dalam mempertahankan dasar pentadbiran Islam di negeri ini sekali gus menghalang sebarang usaha daripada mana-mana pihak untuk memburukkan imej Kelantan.

“Nampak sangat perbuatan (tarian) itu tidak bermoral dan tidak senonoh manakala lagu yang didengari bukan lagu dikir yang dipersembahkan. Orang nak ambil kesempatan bermacam-macam cara mereka boleh buat tetapi kita kesal kerana ia betul-betul terjadi di negeri ini.

“Saya lebih kasihankan aktivis dan penggerak dikir barat sebnarnya kerana perkara ini telah mencemarkan seni dikir barat. Saya mahu warisan dikir barat kita terjaga murni dan rakyat kita menjauhkan diri daripada aktiviti tidak bermoral,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah memaklumkan video yang dimuat naik memberi persepsi negatif kepada penduduk Bachok dan menggambarkan seolah-olah Majlis Daerah Bachok membenarkan persembahan kurang senonoh.

Video berdurasi 29 saat yang tular itu memaparkan seorang wanita memakai baju kurung dan bertudung sedang menari dangdut sambil bernyanyi yang turut disertai dua lelaki.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN