PONTIAN: Kangs Homestay di Kampung Parit Puteri Menangis, di sini, tidak ketinggalan untuk menghiasi kawasan penginapan dengan Jalur Gemilang dan bendera Johor sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024. Pemiliknya, Md. Salman Daud, 58, berkata, pihaknya akan memasang kira-kira 200 Jalur Gemilang dan Bendera Johor bagi sama-sama menyemarakkan sambutan tersebut. Katanya, sepanjang bulan ini, Kangs Homestay turut menerima tetamu yang akan mengadakan perjumpaan keluarga selain kumpulan penunggang motosikal besar dari Singapura. Menurut pesara polis ini, rumah inap miliknya mempunyai empat pintu dan 10 bilik dengan kadar satu malam RM200 dan RM300 yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya