Jaga-jaga apabila berkawan - Hakim

Jaga-jaga apabila berkawan – Hakim

SEOW Sun Fong (tengah) bersalaman dengan peguamnya selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Seremban semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: “Kamu jika berkawan jaga-jaga sedikit, kalau disuruh apa-apa jangan ikut semua, buat kerja biasa sahaja,” demikian nasihat Hakim Mahkamah Tinggi Seremban di sini semalam selepas melepas dan membebaskan seorang nelayan daripada tuduhan mengedar dadah lebih tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Rohani Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Seow Sun Fong, 43.

“Setelah beliau mendengar keterangan yang diberikan saksi pihak pendakwaan, selepas menimbang hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak dan atas penilaian menyeluruh atas kesemua keterangan.

“Berdasarkan Seksyen 180 (2) Kanun Tatacara Jenayah, OKT dilepas dan dibebaskan pertuhan terhadapnya tanpa dipanggil semuka untuk membela diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Sun Fong, pada 1 Mac 2021, pada pukul 9.30 pagi di kawasan tempat kereta sebuah hotel di Port Dickson, mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 15.854 kilogram.

Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nisa Hazwani Omar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN