Istiadat perkahwinan diraja Tengku Puteri Afzan, FD Idzham tiga hari

Istiadat perkahwinan diraja Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Istiadat perkahwinan diraja, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangan, FD Idzham FD Iskandar dijadualkan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Istiadat akad nikah akan berlangsung pada 22 Ogos ini di Istana Abdulaziz manakala pada 23 Ogos, istiadat berinai bagi pasangan berkenaan.

Pengelola Bijaya Diraja Utama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat bersanding pula akan diadakan pada hari Ahad iaitu 25 Ogos.

“Semua istiadat akan disiarkan secara langsung melalui dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Tasik KotaSAS.

“Pelbagai acara menarik akan diadakan di Dataran MBK dan di Tasik KotaSAS sepanjang tarikh Istiadat perkahwinan diraja ini berlangsung,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN