Isteri Arman San harap masyarakat tidak buat spekulasi - Utusan Malaysia

Isteri Arman San harap masyarakat tidak buat spekulasi

NORAZLIANA Bakri menunggu jenazah Allahyarham suaminya selesai menjalani bedah siasat di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Isteri Penyelam Ranjau dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA), Laskar Kelas (LK) I Arman San Hermansa yang meninggal dunia ketika operasi menyelamatkan kapal KD Pendekar berharap masyarakat tidak membuat andaian tentang insiden berkenaan.

Norazliana Bakri yang menggunakan akaun Hanaa Ariana dalam laman sosial Facebook berkata, punca insiden itu masih dalam siasatan pihak berkaitan.

“Saya sebagai isteri arwah, meminta jangan ada pihak yang membuat sebarang andaian terhadap insiden yang berlaku kepada arwah suami. Saya berharap tidak ada mana-mana pihak yang mengeluarkan spekulasi tidak benar akan kesahihan tentang insiden ini,” katanya.

Dia turut meminta masyarakat memahami keadaannya dan ahli keluarga pada ketika ini.

“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah syurga sebagai tempat istirahatnya. Aku reda,” katanya.

Dalam pada itu, dia yang berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini untuk menuntut jenazah suaminya tidak memberikan sebarang komen.

Semalam, Arman San dilaporkan hilang di dasar laut sebelum ditemukan maut ketika melakukan operasi selaman untuk menyelamatkan bangkai kapal KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi, Ahad lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN