Imej tanah mendap di Kampung Attap adalah gambar lama - DBKL - Utusan Malaysia

Imej tanah mendap di Kampung Attap adalah gambar lama – DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan kerja pembaikan di Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap di sini, yang dilaporkan berlaku tanah mendap seperti gambar yang ditularkan, hari ini.

Bagaimanapun, DBKL menjelaskan gambar tular itu merupakan kejadian lama.

“Dimaklumkan bahawa gambar tersebut merupakan gambar lama dan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersbut telah dijalankan,” katanya dalam hantaran media sosial.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya tidak menerima laporkan berhubung kejadian tanah mendap berhampiran Ibu Pejabat Bank Muamalat, di sini.

“Bagi kes depan ibu pejabat Bank Muamalat, bomba tidak dapat sebarang aduan,” katanya ringkas hari ini.

Jumaat lalu, seorang wanita warga India dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Dalam pada itu, satu lagi insiden tanah mendap dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pagi semalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN