BAITULMUQADDIS: Polis Israel menangkap imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri kerana berkabung terhadap kematian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Teheran pada Rabu lepas. Pendakwah Palestin itu kemudiannya dibebaskan selepas ditahan selama beberapa jam dan diarahkan untuk diusir dari masjid tersebut, lapor agensi Anadolu. Peguamnya, Khaled Zabarka berkata, pihak berkuasa Israel membebaskan Sheikh Ekrima dan memerintahkan pengusirannya dari masjid sehingga 8 Ogos, dan kemungkinan ia dilanjutkan selama enam bulan. Terdahulu, Sheikh Ekrima sempat mengetuai solat jenazah ghaib untuk Haniyeh selepas solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa. Walaupun Hamas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya