Harimau belang berkeliaran di kebun di Pos Lenjang

Harimau belang berkeliaran di kebun di Pos Lenjang, penduduk bimbang

SEEKOR harimau belang berada di kebun seorang penduduk berdekatan Kampung Setiq, Pos Lenjang di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kira-kira 500 penduduk Orang Asli bimbang keluar bekerja serta berurusan di luar menggunakan jalan Pos Lenjang berikutan seekor harimau belang berkeliaran di kebun milik seorang penduduk berdekatan Kampung Setiq, Pos Lenjang di sini.

Pemilik kebun berkenaan, Norfini Ajik, 49, berkata, harimau belang itu ditemukan. penduduk yang melalui jalan Pos Lenjang berdekatan Kampung Setiq petang semalam.

“Serang penduduk sempat merakamkan video dan gambar dari dalam kereta dan mengirimkan kepada saya serta mengingatkan supaya berhati-hati kerana ada haiwan liar berkenaan berkeliaran di sini.

“Ada juga penduduk yang melalui berdekatan kebun ini untuk ke tempat kerja ternampak harimau belang lalu terpaksa berpatah balik bimbang dengan ancaman harimau liar ini,” katanya di Kampung Setiq di sini hari ini.

Menurut Norfini, sejak diberitahu kehadiran harimau belang ini di kawasan kebunnnya, dia tidak berani lagi ke situ untuk menguruskan tanaman pisang, sayuran, kelapa, durian dan beberapa tanaman komersial lain.

“Laluan berdekatan kebun ini merupakan penghubung utama penduduk dan kenderaan kawasan Pos Lenjang, Ulu Jelai sejak sekian lama dan juga ke perkampungan di kawasan Cameron Highlands.

Beliau berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memantau haiwan liar itu demi keselamatan penduduk khususnya mereka yang keluar bekerja dan kenderaan melalui jalan tersebut.

Ujarnya, sebolehnya haiwan liar itu ditangkap bagi mengelakkan ancaman keselamatan penduduk yang keluarga bekerja termasuk orang luar ke Pos Lenjang dan perkampungan di Ulu Jelai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN