MELAKA: Hakisan akibat ombak besar di sepanjang kawasan pelancongan Pantai Puteri di sini semakin serius apabila beberapa tiang sebuah restoran rosak teruk manakala sebuah gerai lagi roboh dalam kejadian pagi semalam. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa pokok ru turut terjejas hingga menampakkan akar, selain beberapa lagi gerai berhampiran menunggu masa bakal roboh dan kawasan pelancong beriadah pula kian terhad. Penghulu Pantai Kundor, Ridzuan Mohd. Ripin berkata, hampir sebahagian besar pantai itu terkesan ekoran fenomena ombak besar sejak kebelakangan ini. Menurutnya, tandas awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang sedang dibina…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya