KLUANG: Seorang guru maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 80 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam petang ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, Honda HRV yang dipandu Fauziah Selamat, 46, yang datang dari arah Johor Bahru menuju Ayer Hitam dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori Hino yang dipandu Rahmat Suratman, 36. “Akibat pelanggaran itu, pemandu Honda HRV mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya