Gunung berapi di Iceland meletus

Gunung berapi di Iceland meletus

IMEJ video langsung dari gunung berapi di semenanjung Reykjanes menunjukkan lava panas memancut keluar dari rekahan dan mengeluarkan asap hitam tebal ke langit.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REYKJAVIK: Sebuah gunung berapi di barat daya Iceland meletus, memuntahkan lava panas ke udara semalam, dalam letusan keenam yang melanda kawasan tersebut sejak Disember.

Imej video langsung dari gunung berapi di semenanjung Reykjanes menunjukkan lava panas memancut keluar dari rekahan kawah dan mengeluarkan asap hitam tebal ke langit.

Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) dalam kenyataan berkata, lava dari gunung berapi mengalir di rekahan yang panjang keseluruhan kira-kira 3.9 kilometer.

Katanya, letusan itu bermula di Sundhnuksgigarod pada pukul 9.26 malam (waktu tempatan) berikutan beberapa siri gempa.

“Kesannya terhad kepada kawasan setempat berhampiran tapak letusan. Ia tidak memberikan ancaman kepada nyawa dan kawasan berhampiran sudah dipindahkan,” kata Kementerian Luar Negara Iceland di media sosial X.

IMO berkata, lava tidak mengalir menuju ke bandar nelayan Grindavik terdekat, di mana hampir 4,000 penduduk dipindahkan sejak November.

Semenanjung Reykjanes tidak mengalami letusan selama lapan abad sehingga letusan Mac 2021, diikuti pada Ogos 2022 dan Julai serta Disember tahun lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN