Gempa bumi 6.8 skala Richter gegar Filipina

Gempa bumi 6.8 skala Richter gegar Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter melanda pantai selatan Filipina awal hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tanpa mengeluarkan amaran tsunami. Gempa berlaku pada kedalaman 17 kilometer, kira-kira 20 kilometer dari kampung Barcelona di timur pulau Mindanao, kata USGS. Agensi seismologi tempatan berkata, tiada kerosakan dijangka, tetapi ia memberi amaran mengenai kemungkinan gempa susulan. Gempa bumi kerap melanda Filipina, yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, lengkok aktiviti seismik dan gunung berapi yang intensif menjangkau dari Jepun melalui Asia Tenggara serta merentasi lembangan Pasifik.- AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya