ISKANDAR PUTERI: Penganjuran Festival Majestic Johor yang memasuki edisi ketiga tahun ini menyasarkan 600,000 pengunjung. Walaupun tempoh penganjuran lebih singkat, iaitu lima hari berbanding lebih seminggu sebelum ini, namun Tourism Johor yakin sasaran itu mampu dicapai kerana bakal menampilkan pelbagai acara dan aktiviti yang lebih menarik. Malah, menurut Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim, pihaknya telah mengadakan promosi di Riau, Indonesia dan Singapura supaya dapat menarik kedatangan pelancong dari negara jiran tersebut mengunjungi festival yang dijadualkan berlangsung di Puteri Harbour pada 28 Ogos hingga 1 September ini. “Tarikan utama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya