BEIJING: Enam orang maut manakala 10 yang lain cedera selepas sebuah astaka taman runtuh akibat disambar petir di timur China, semalam. Menurut agensi berita Xinhua, kemalangan itu berlaku di bandar Changzhou di wilayah Jiangsu. Kesemua 10 mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil dan siasatan terhadap kemalangan itu sedang dijalankan, kata penyiar negara CCTV. China mengalami musim panas dan cuaca ekstrem, dengan hujan lebat di bahagian timur serta selatan, manakalan sebahagian besar kawasan utara dilanda gelombang haba berterusan. Bulan lalu, hujan lebat di wilayah utara Shaanxi menyebabkan sebuah jambatan lebuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya