GUA MUSANG: Jabatan Warisan Negara bersama pasukan ekskavasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mengeluarkan 71, 289 objek termasuklah tulang, rangka dan alat batu dari kawasan Lembah Nenggiri yang menjadi tapak pembinaan Projek Hidroelektrik Nenggiri. Pengarah Bahagian Arkeologi Jabatan Warisan Negara, Zaharudin Abu berkata, penemuan itu adalah hasil kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi menyelamat terhadap 13 gua batu kapur yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan. Katanya, kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi itu bermula pada bulan Mac 2022 dan berakhir Oktober 2023. “Berdasarkan laporan terakhir, setakat ini sebanyak 71, 289 jumpaan yang sudah dibawa keluar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya