E-Dagang utamakan pelanggan: Memperkasa pengalaman membeli-belah

E-Dagang utamakan pelanggan: Memperkasa pengalaman membeli-belah

Rangkaian Shopee yang boleh dipercayai memastikan penghantaran tepat waktu dan proses pemulangan percuma mereka berjalan lancar menjadikan pengalaman membeli-belah mudah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM landskap runcit dalam talian yang berkembang pesat, permintaan pembeli mengubah cara kita melihat dan berinteraksi dengan e-dagang.

Menurut kajian terbaru Kantar yang ditaja Shopee, ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ hampir 70 peratus Gen Z di Asia Tenggara menganggap platform e-dagang sebagai titik masuk utama dalam perjalanan membeli-belah di mana mereka bergantung kepada platform ini untuk membuat kajian produk sebelum pembelian.

Dalam kalangan pembeli Gen Z, proses pemulangan dan pengembalian wang lancar serta perkhidmatan penghantaran hari berikutnya telah muncul sebagai faktor penting yang mempengaruhi keputusan pembelian mereka.

Sebagai respon terhadap permintaan yang semakin meningkat untuk kemudahan dan kebolehpercayaan, platform e-dagang secara aktif memperkenalkan ciri inovatif seperti proses pemulangan yang dipermudahkan dan penjejakan penghantaran secara langsung.

Inovasi ini meningkatkan kepuasan pelanggan dan menekankan kepentingan perkhidmatan cekap dalam memberikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lancar dan memuaskan.

Penghantaran dipercayai ketika diperlukan

Encik Kang telah bersiap sedia untuk menjalankan pembedahan gigi apabila dia menerima notifikasi yang tidak dijangka: tarikh pembedahan telah diawalkan, meninggalkannya dengan sedikit masa untuk mengatur keperluan, termasuk menyediakan pengganti makanan yang penting untuk pemulihan.

Menghadapi keperluan mendesak ini, Encik Kang beralih ke Shopee yang menawarkan janji penghantaran hari yang sama dan penjejakan secara langsung akan memberikan kebolehpercayaan yang diperlukannya.

“Saya tahu bahawa penghantaran tepat waktu adalah penting untuk memastikan saya mempunyai semua barang keperluan sebelum tarikh pembedahan.

“Dengan perubahan tarikh yang tidak dijangka, saya sangat risau tidak mempunyai makanan yang cukup tetapi dengan Shopee, dengan mudahnya saya boleh memilih penghantaran hari yang sama dan yakin bahawa produk pengganti makanan saya akan tiba di pintu rumah saya dalam beberapa jam selepas membuat pesanan!” kongsi Encik Kang.

Dia memantau penghantaran dengan teliti melalui penjejakan secara langsung, yang memberikan ketenangan fikiran tambahan semasa menunggu pesanan.

Mengimbas kembali pengalamannya, Encik Kang menghargai komitmen terhadap penghantaran tepat waktu yang menekankan dedikasi Shopee untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar termasuk ketika waktu kritikal.

Penghantaran yang cepat dan boleh dipercayai adalah keutamaan dan sebahagian daripada komitmen Shopee terhadap kualiti perkhidmatan yang cemerlang, dengan program seperti Penghantaran Segera, Penghantaran Hari Esok dan Jaminan Tepat Waktu.

Jaminan Tepat Waktu malah menawarkan baucar RM5 jika pesanan pelanggan tiba lewat yang memberi insentif kepada penghantaran tepat waktu dan membina kepercayaan dengan pembeli.

Mengatasi Cabaran Ketersediaan Produk

Tinggal di Malaysia Timur, Marilyn kerap menghadapi cabaran mengakses produk tertentu yang tidak mudah didapati di kawasan tempat tinggalnya berbanding pusat bandar seperti Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, dia memerlukan stok ubat-ubatan tanpa preskripsi dan vitamin untuk anak kecilnya, namun tidak tersedia di lokasinya lalu Marilyn beralih kepada kedai farmasi jenama besar di e-dagang sebagai penyelesaian.

“Membeli-belah di Shopee secara ketara telah meningkatkan kehidupan saya,” katanya.

“Ia memberikan saya ketenangan fikiran mengetahui bahawa saya boleh mencari dan memesan produk yang tidak dapat diakses secara fizikal di kawasan tempat tinggal saya dengan mudah,” katanya.

Aspek penting yang meningkatkan keyakinan Marilyn untuk membeli-belah dalam talian adalah polisi pemulangan fleksibel Shopee.

Mengetahui bahawa dia boleh memulangkan produk jika tidak memenuhi jangkaannya lalu memberikannya lebih ketenangan.

“Rangkaian Shopee yang meluas dan boleh dipercayai memastikan penghantaran tepat waktu dan proses pemulangan yang tidak rumit menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian mudah,” tambahnya.

Kemudahan dan aksesibiliti yang dibawa oleh platform e-dagang seperti Shopee bukan sahaja merapatkan jurang dalam ketersediaan produk tetapi juga menyediakan pilihan fleksibel seperti pemulangan percuma yang meningkatkan pengalaman membeli-belah keseluruhan bagi pembeli seperti Marilyn.

Memenuhi Keperluan Pengguna yang Berubah

“Di Shopee, kami berdedikasi untuk memenuhi keperluan pembeli yang sentiasa berubah dengan memastikan kemudahan, kebolehpercayaan, dan ketenangan dalam setiap transaksi.

“Sama ada menghantar barangan penting yang diperlukan sebelum pembedahan atau menyediakan akses mudah kepada produk yang tidak tersedia di kawasan setempat, komitmen kami terhadap perkhidmatan yang cepat dan boleh dipercayai tetap teguh.

“Kami percaya memperkasakan pelanggan kami dengan ciri inovatif seperti penghantaran hari esok dan pemulangan mudah boleh menjadikan setiap pengalaman membeli-belah dalam talian dengan Shopee bukan sahaja mudah, tetapi benar-benar transformatif,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.

Perubahan terkini polisi dan inovasi terbaharu Shopee bertujuan meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah dalam talian untuk rakyat Malaysia. Inisiatif seperti Jaminan Tepat Waktu dan penjejakan penghantaran secara langsung menawarkan kemudahan yang lebih besar kepada pembeli.

Tambahan lagi, Shopee juga memperkenalkan 15 Hari Pemulangan Percuma yang membolehkan pengguna memulangkan barangan yang layak dari hampir semua kategori produk secara percuma dalam tempoh 15 hari, menawarkan pengembalian wang sepenuhnya untuk pemulangan ‘Perubahan Fikiran’ tanpa soal.

Proses Pemulangan dan Pengembalian Wang terbaik Shopee boleh dilengkapkan dalam tempoh dua hari buat pembayaran melalui ShopeePay – lebih pantas berbanding purata tujuh hari industri.

Seiring dengan perkembangan Shopee, rakyat Malaysia boleh menjangkakan peningkatan lanjut yang direka untuk menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih menyeronokkan dan lancar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN