TUMPAT: Cubaan dua lelaki warga emas menyeludup 175 liter petrol menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina gagal selepas kegiatan itu berjaya dipatahkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelatan hari ini. Kedua-dua suspek berusia 50-an dan 70-an ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Talak, di sini pada pukul 9.40 pagi. Pengarahnya Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat risikan sepasukan anggota bertugas yang turut disertai Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3, Pengkalan Kubor telah mengesan kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya, sejurus ditahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya