Dua maut, tiga cedera kemalangan dua lori di Lanchang - Utusan Malaysia

Dua maut, tiga cedera kemalangan dua lori di Lanchang

DUA buah lori terbabas ke dalam gaung setelah terlibat kemalangan di Jalan Utama Bukit Damar, Lanchang di Temerloh, Pahang. - FOTO/IPD TEMERLOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Dua warga asing maut manakal tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Inokom dan treler jenis Volvo di Jalan Utama Bukit Damar, Lanchang di sini.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam semalam, dua mangsa yang berada dalam lori Inokom iaitu lelaki warga Bangladesh dan Pakistan, masing-masing berusia 37 dan 38 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pemandu lori Inokom yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 28 tahun dan seorang lagi penumpang lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu lori Inokom dari arah Raub menghala ke Kuantan dan tiba di tempat kejadian pemandu tersebut gagal mengawal kenderaannya.

“Lori itu terbabas ke kiri jalan di atas bahu jalan tidak berturap dan masuk semula ke laluan utama, tetapi masuk ke laluan bertentangan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Menurut Mazlan, sebuah lori treler dari arah hadapan dan tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian hadapan lori Inokom dan kedua-dua kenderaan terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan jalan sejauh 20 meter.

Katanya, akibat pelanggaran itu, dua penumpang lori cedera pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Lanchang.

“Pemandu treler cedera di bahagian tangan sebelah kanan dan bahagian pinggul, kini dirawat di Hoshas. Bedah siasat punca kematian akan dijalankan selepas hasil saringan ujian Covid-19 diperoleh dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya