SEPANG: Polis mengesahkan ‘doktor’ remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan baru-baru ini pernah mendapat rawatan psikiatri di sebuah hospital pada Mac lalu. Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, remaja itu tidak menyusuli rawatan seterusnya menyebabkan fikiran dan emosi gadis itu terganggu. Beliau berkata, perkara itu disahkan oleh keluarga remaja itu ketika soal siasat baru-baru ini. “Kita akan dapatkan laporan penuh (rekod rawatan psikiatri) itu daripada pihak hospital. Kami juga difahamkan, remaja itu juga sudah meninggalkan persekolahan,” katanya pada sidang akhbar semalam. Katanya, remaja itu juga akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya