NEW DELHI: Demonstrasi besar-besaran melibatkan ribuan doktor di India beransur-ansur reda, selepas mahkamah memberi jaminan untuk campur tangan dalam kes pembunuhan doktor pelatih di Kolkata. Sejak Khamis lalu, hospital di India kembali beroperasi seperti biasa selepas kebanyakan doktor yang melancarkan mogok selama 11 hari mula bertugas. Persatuan Doktor Residen (RDA) di Institut Sains Perubatan India (AIIMS) New Delhi berkata, kakitangan perubatan menyambung semula tugas berikutan rayuan dan jaminan campur tangan Mahkamah Agung dalam insiden di Kolej Perubatan dan Hospital RG Kar. “Kami memuji tindakan mahkamah dan menggesa agar mematuhi arahannya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya