SEOUL: Jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 di Korea Selatan, meningkat lima kali ganda dalam tempoh tiga minggu hingga akhir bulan lalu.
Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), jumlah pesakit yang didiagnosis dengan Covid-19 pada minggu keempat Julai mencapai 465 orang, meningkat lebih lima kali ganda daripada minggu pertama bulan tersebut iaitu 91 orang.
Sepanjang empat minggu pertama bulan Julai, seramai 929 pesakit dimasukkan ke hospital akibat penyakit yang sangat mudah berjangkit dan menyerang sistem pernafasan manusia, menurut data semalam.
Pegawai kanan KDCA berkata, Korea Selatan akan menyambung semula vaksinasi Covid-19 bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas pada Oktober.
Korea Selatan beralih daripada status pandemik kepada endemik pada Mei 2023, menarik balik ketetapan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan di kebanyakan tempat seleas lebih tiga tahun berada dalam keadaan darurat.
Wabak Covid-19 meragut 35,934 nyawa di negara itu pada Januari 2020 hingga Ogos 2023, dengan lebih 34.5 juta orang dijangkiti dalam tempoh sama.- THE KOREA HERALD