BRASILIA: Hakim Mahkamah Agung Brazil memerintahkan ‘penggantungan serta-merta’ platform X di negara itu, selepas media sosial tersebut gagal memenuhi tarikh akhir untuk melantik wakil perundangan dalam tempoh 24 jam. Perkembangan itu adalah yang terbaharu dalam pertelingkahan berterusan antara Hakim Mahkamah Agung, Alexandre de Moraes dan pemilik X, Elon Musk. Dalam keputusan itu, Moraes memerintahkan penggantungan serta-merta terhadap platform X di negara itu sehingga semua perintah mahkamah dipatuhi, termasuk pembayaran denda berjumlah Real Brazil (BRL) R$18.5 juta (RM14.24 juta) dan pelantikan wakil perundangan di Brazil. Moraes mengarahkan pengawal selia telekomunikasi Anatel…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya