JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menuduh Israel melakukan serangan yang membunuh Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lalu di Iran. Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat luar biasa blok 57 negara anggota itu pada Rabu di Arab Saudi, OIC berpendapat, Israel selaku kuasa penjajah yang tidak sah, bertanggungjawab sepenuhnya atas serangan kejam ini yang juga pelanggaran serius kedaulatan Iran. Menteri Luar Gambia, Mamadou Tangara, yang negaranya mempengerusikan OIC berkata, pembunuhan kejam Ismail dan perang berterusan di Gaza juga boleh membawa kepada konflik serantau. “Pencerobohan dan pencabulan kedaulatan dan integriti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya