Bapa tiga anak dibebaskan lebih awal, terima pengampunan Yang di-Pertuan Agong - Utusan Malaysia

Bapa tiga anak dibebaskan lebih awal, terima pengampunan Yang di-Pertuan Agong

MUHAMAD Naim Amir (lima dari kiri) bertemu Teh (dua dari kanan) di PRP Mantin, Seremban hari ini yang dibebaskan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 selepas mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada bulan Disember tahun lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang bapa kepada tiga orang anak yang dihukum penjara selama 16 tahun, dibebaskan lebih awal hari ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 selepas mendapat pengangampunan Yang di-Pertuan Agong.

Pengampunan terhadap terhadap lelaki berusia 52 tahun yang hanya dikenali sebagai Teh itu, telah diputuskan pada bulan Disember tahun lalu setelah mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Teh yang telah menjalani kira-kira 10 tahun tempoh penjara memberitahu, tidak menyangka hasratnya untuk dibebaskan berlaku lebih cepat daripada yang dijangka.

“Saya jalani hukuman di penjara bermula di Penjara Sungai Buloh, saya sepatutnya bebas bulan Oktober ini melalui pengampunan Yang di-Pertuan Agong setelah menjalani hukuman kira-kira 10 tahun. Semasa saya dipenjarakan, anak-anak masih kecil.

“Saya rindu mereka, kali ini saya akan guna peluang ini sebaiknya untuk berjumpa ibu bapa, isteri dan anak-anak serta menjaga mereka sebaik mungkin kerana sudah lama terpisah,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Teh memberitahu, sejak bulan November 2021 dia telah diberikan peluang mengikuti Program Reintegrasi Penghuni Industri dan bekerja di sektor perkilangan.

“Saya ada simpanan gaji, Sijil Simpanan Premium (SSP) dan lebih baik lagi, saya dapat terus bekerja di kilang berkenaan serta dapat menyara keluarga menggunakan sumber kerja yang betul,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penjara Seremban, Penguasa Penjara Muhamad Naim Amir berkata, pihaknya telah menghantar sebanyak dua kali permohonan bagi prospek kepada Lembaga Pengampunan untuk dipersembah bagi mendapatkan pertimbangan pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

“Prospek ini telah dijatuhi hukuman atas pelbagai kesalahan dan terdapat 16 waran kesalahan yang dicatatkan.

“Sering kami ingatkan kepada prospek untuk belajar daripada kesilapan, perbaiki diri agar tidak berulang kembali kesalahan masing-masing terutamanya yang mendapat peluang dibebaskan lebih awal dari masanya,” kata beliau.

Menurutnya, secara keseluruhan di PRP Mantin, sebanyak 654 Orang Diselia (ODS) telah bebas dan kini sebanyak 154 ODS sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni Industri di tujuh buah kilang di seluruh Negeri Sembilan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya