KARACHI: Banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan berterusan melanda utara Pakistan semalam, menghanyutkan kawasan kejiranan, tanah runtuh dan meragut sekurang-kurangnya 35 nyawa dalam tempoh 48 jam. Hujan berterusan menyebabkan bencana di kawasan Chitral di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa, yang menghanyutkan rumah, jambatan dan ternakan serta memutuskan laluan puluhan kampung di pinggir bandar. Cuaca buruk itu juga mencetuskan tanah runtuh dan aliran arus lumpur yang menyekat jalan di beberapa tempat berbeza. Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah, 19 orang maut dan 15 yang lain cedera di bahagian berlainan wilayah dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya