JAKARTA: Sekurang-kurangnya 13 maut dan dua cedera selepas banjir melanda kawasan wilayah Maluku Utara, Indonesia hari ini. Menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas), hujan lebat sejak semalam menyebabkan banjir di pulau Ternate, yang turut menjejaskan bandarnya. “Pasukan kami masih berusaha untuk menyelamatkan mangsa tanah runtuh dan struktur rumah yang dibawa arus banjir,” kata Basarnas dalam kenyataan, sambil mengesahkan dua mangsa dijumpai dalam keadaan selamat. Laman web berita Detik.com dan penyiar Kompas TV melaporkan, 11 orang meninggal dunia, tetapi pegawai Basarnas tidak mengesahkan jumlah kematian. Pada Mei lalu, banjir kilat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya