Banjir di Bangladesh jejas 4.5 juta penduduk

Banjir di Bangladesh jejas 4.5 juta penduduk

PENDUDUK terpaksa meredah banjir untuk berpindah ke tempat lebih selamat.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh sementara 4.5 juta yang lain terjejas akibat banjir dan hujan lebat di timur Bangladesh.

Kementerian Pengurusan dan Bantuan Bencana hari ini melaporkan, pasukan mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran menghulurkan bantuan kepada mangsa berikutan terlalu ramai yang terjejas.

Jelas kementerian seperti dipetik Al Jazeera, hampir 190,000 penduduk telah dibawa ke pusat penempatan sementara selepas banjir melanda 64 daerah di negara ini.

Paling terjejas teruk ialah Feni, yang terletak kira-kira 100 kilometer dari barat laut pelabuhan utama di Chittagong apabila penduduk menyatakan, banjir kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 20 tahun.

Turut terjejas ialah daerah Moulvibazar, Habiganj, Comilla dan Chittagong di mana lima sungai utama kini dilapor berada pada paras melebihi bahaya.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (FFWC) menyatakan, keadaan dijangka lebih buruk dalam tempoh 24 jam lagi dan paras air akan naik lebih tinggi

Sementara itu, penduduk di utara Bangladesh menyatakan, banjir berpunca daripada pelepasan air dari Empangan Dumbur dan limpahan Sungai Gumti di Tripura di India, namun dinafikan kerajaan negara tersebut.

Tripura yang terletak di timur laut India, menghadapi hujan lebat sejak Isnin lalu, mengakibatkan banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun sehingga meragut 10 nyawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN