SYDNEY: Australia mendesak China agar lebih telus dalam bantuan yang diberikannya ke Pasifik, bagi mengelakkan persaingan berterusan antara Beijing dan Barat. Menteri Pembangunan Antarbangsa dan Pasifik Australia, Pat Conroy berkata, peluang ekonomi baharu bagi negara-negara Kepulauan Pasifik tidak seharusnya disertai dengan paksaan dan campur tangan, merujuk kepada tindakan Beijing. “Kami mahu melihat negara-negara mempertahankan kedaulatan, bebas dari paksaan dan melaksanakan polisi selaras dengan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam ucapan kepada sebuah badan pemikir dasar awam di sini, hari ini. Tambah beliau, China perlu lebih telus dalam bantuan yang diberikan, selain melihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya