Atlet negara didenda RM25,000 pukul anjing peliharaan

Atlet negara didenda RM25,000 pukul anjing

SAMUEL Lee didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan memukul anjing peliharaannya, Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Seorang pemain badminton remaja negara didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan memukul anjing peliharaannya, Julai lalu.

Hakim Mazualina Abdul Ra­shid mengenakan denda tersebut selepas Samuel Lee, 21, yang dituduh sebagai Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya selain tertuduh juga diperintah penjara enam bulan, jika gagal bayar denda.

Mengikut pertuduhan, Lee didakwa memukul seekor anjing baka Husky dengan tangan secara bertubi-tubi di balkoni rumahnya di Landmark Residence, Kajang di sini, pada pukul antara 12.09 hingga 12.19 pagi, 1 Julai lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut bawah Seksyen 29 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) Akta yang sama yang memperuntukkan denda minima RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Difahamkan anjing berkenaan masih dalam jagaan Jabatan Veterinar.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Mohd. Sharif Sabran mencadangkan OKS dikenakan hukuman berat diberikan sebagai pengajaran.

“Perbuatan OKS yang kejam memukul anjing Husky hingga mengalami kemurungan perlu (diberikan) hukuman berat sebagai pengajaran kepada masyarakat.

“Kes ini mendapat liputan luas dan menimbulkan kemarahan orang awam, menunjukkan perlunya tindakan serius jenayah terhadap haiwan,” katanya.

Peguam S. Rajashree yang mewakili Lee memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan seorang pemain badminton profesional dan mempunyai tanggungan.

Anjing Husky diberi nama Kitster itu didapati mengalami trauma serta ketakutan ekstrem.

Haiwan itu sebelum ini disimpan di Kota Damansara Veterinary Centre untuk siasatan lanjut dan hasil siasatan menunjukkan Lee melanggar Seksyen 29 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya