WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin membatalkan perjanjian pengakuan bersalah yang dipersetujui awal minggu ini, melibatkan tiga individu yang dituduh sebagai dalang serangan 11 September 2001. Rabu lalu, Pentagon memaklumkan perjanjian pengakuan bersalah dimeterai dengan Khalid Sheikh Mohammed dan dua rakan jenayahnya, yang ditahan di penjara tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba, walaupun tidak menjelaskan butiran lanjut. Pegawai AS memberitahu, perjanjian tersebut dipercayai melibatkan pengakuan bersalah sebagai pertukaran untuk mengelak hukuman mati. Bagaimanapun, Austin memaklumkan mengambil alih tugas penyelia mahkamah perang Guantanamo Pentagon, Susan Escallier untuk membuat perjanjian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya