Arahan pemindahan Israel cetus panik di Hospital Al-Aqsa

Arahan pemindahan Israel cetus panik di Hospital Al-Aqsa

ORANG awam di Hospital Al-Aqsa panik selepas tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan mengejut di bandar Deir el-Balah, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Situasi di Hospital Al-Aqsa menjadi huru-hara selepas menerima arahan pemindahan mengejut daripada tentera Israel, semalam.

Pesakit dan penduduk Palestin melarikan diri dari Hospital Al-Aqsa, kemudahan perubatan terakhir yang berfungsi di tengah Gaza, selepas Israel mengeluarkan banyak arahan pemindahan di bandar Deir el-Balah.

Menurut laporan Al Jazeera, rakyat Palestin dan kakitangan perubatan di hospital itu menjadi panik meninggalkan kemudahan berkenaan, tanpa hala tuju.

Hospital Al-Aqsa bukan hanya kemudahan perubatan, ia juga menjadi tempat perlindungan bagi ribuan keluarga yang dipaksa berpindah akibat perang Israel di Gaza.

Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata, mereka mempertimbangkan untuk menghentikan beberapa perkhidmatan di Hospital Al-Aqsa, selepas letupan berhampiran kemudahan tersebut mencetuskan panik dan mendorong orang ramai meninggalkan kawasan itu.

“Situasi ini tidak boleh diterima. Al-Aqsa beroperasi melebihi kapasiti selama beberapa minggu akibat kekurangan alternatif untuk pesakit.

“Semua pihak yang berperang mesti menghormati hospital serta akses pesakit untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata MSF dalam hantaran di X, semalam.

Israel giat memperluaskan operasi ketenteraannya di Gaza, dengan serangan sepanjang hujung minggu lalu membunuh 71 rakyat Palestin dan mencederakan 112 yang lain.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan itu berlaku dalam tiga pembunuhan beramai-ramai, yang menyumbang peningkatan korban terkini kepada 40,405.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya