NEW YORK: Syarikat pengeluar peranti komunikasi, Apple dijangka memperkenalkan generasi baharu iPhone 16 yang dilengkapi teknologi Kecerdasan Buatan (AI), bulan depan. Dengan tema ‘It’s Glowtime’ pelancaran model baharu itu akan dibuat pada 9 September di Steve Jobs Theater, Apple Park pada pukul 10 pagi waktu tempatan. Antara yang akan dilancarkan pada acara itu adalah model iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max. CNN melaporkan, tema yang dipilih itu mungkin bertepatan dengan ciri-ciri AI yang bakal diperkenalkan dalam model berkenaan. Peminat-peminat Apple dijangka boleh membuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya